60% peratus dari pesakit kanser LH ini adalah dari golongan lelaki. Sehingga kini banyak kes limfoma yang masih tidak dapat dijelaskan punca kejadiannya.

Apa Itu Kanser Limfoma Hodgkin?


Ia adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sistem lymphatic. Sistem ini membantu sistem imuniti membuang bahan buangan dan melawan infeksi.

Sel-sel darah putih pada sistem lymphatic ini sebenarnya membantu tubuh badan melawan dan melindungi dari kuman dan infeksi. Tetapi bagi pesakit LH, sel-sel ini bertambah secara tidak normal. Dan ianya merebak melebihi sistem lymphatic sehingga memasuki saluran darah.

Penyebab sebenar LH ini masih tak dapat dikenalpasti. Tetapi ianya mungkin mempunyai hubung kait dengan mutasi sel-sel badan dan virus Epstein-Barr.

Penyakit berbahaya ini bileh terjadi kepada sesiapa sahaja. Namun, mereka yang berusia 15 hingga 40 dan mereka yang berusia 55 tahun ke atas lebih berisiko. 

Kadar survival rate semakin meningkat disebabkan kaedah rawatan masa kini. Cuma ianya masih meninggalkan kesan sampingan.

Simptom Kanser Limfoma Hodgkin


Simptom yang paling biasa bagi kanser LH adalah bengkak pada kelenjar limfa. Ia akan menampakkan seolah-olah ada biji di bawah kulit.

Kebiasaanya biji ini tidak menyakitkan. Ia juga mungkin akan tumbuh lebih dari satu di kawasan lain seperti:

  • di tepi leher
  • di bawah ketika
  • ataupun pada pangkal peha

Namun begitu terdapat simptom-simptom lain seperti:

  • berpeluh di malam hari
  • kulit gatal-gatal
  • demam
  • merasa letih
  • berat badan turun secara tiba-tiba
  • batuk yang kerap
  • limpa bengkak

Sekiranya anda mengalami hampir semua simptom-simptom di atas, kemungkinan anda mengalami kanser Limfoma Hodgkin ini. Atau mungin juga tidak. Segera dapatkan nasihat doktor untuk mengesahkannya.

Cara Dignosis Kanser Limfoma Hodgkin


Doktor atau pengamal perubatan akan menjalankan pemeriksaan fizikal. Dan anda juga perlu menjelaskan sejarah perubatan diri.

Berikut adalah jenis pemeriksaan yang mungkin doktor akan lakukan:

  • pemeriksaan melalui kaedah imbasan seperti X-rays atau CT scans
  • biopsi pada kelenjar limfa, sedikit tisu dari kelenjar limfa diambul untuk pemeriksaan lanjut
  • pemeriksaan darah, untuk mengira jumlah sel darah merah dan putih juga platelet
  • immunophenotyping bagi menentukan jenis sel limfoma
  • pemeriksaan pada paru-paru untuk menentukan samaada ianya berfungsi dengan baik atau tidak
  • echocardiogram, pemeriksaan pada jantung untuk menentukan samaada ianya berfungsi dengan baik atau tidak
  • bone marrow biopsy, sample sumsum tulang diambil untuk melihat tahap penyebaran sel kanser

Setelah kanser Limfoma Hodgkin ini dikenalpasti. Kaedah 'staging' akan dilakukan bagi menentukan tahap kanser. 

Ia juga membantu untuk menentukan pilihan rawatan yang ada. Terdapat empat tahap bagi kanser Limfoma Hodgkin ini:

  • Tahap 1: sel kanser dikesan pada satu kawasan kelenjar limfa.
  • Tahap 2: sel kanser dikesan pada dua kawasan kelenjar limfa, iaitu pada satu permukaan diafragma atau dikawasan berhampiran.
  • Tahap 3: sel kanser dikesan pada kawasan atas dan bawah diafragma. Atau kawasan yang berhampiran.
  • Tahap 4: sel kanser berada di luar kawasan kelenjar limfa dan telah merebak ke tulang sumsum, paru-paru dan hati.


Rawatan Kanser Limfoma Hodgkin

Tahap kanser akan menentukan jenis rawatan yang patut diambil oleh pesakit. Rawatan yang biasa dan major adalah kimoterapi dan radiasi.

Kimoterapi akan menggunakan beberapa jenis ubat bagi menghapuskan sel kanser. Manakala terapi radiasi pula menggunakan tenaga radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser.

Ubat kimoterapi akan dimasukkan pada saluran darah atau diambil secara oral oleh pesakit. Jika kanser baru berlaku terapi radiasi sahaja telah mencukupi untuk merawat pesakit. Tetapi jika ianya bukan pada tahap awal, kimoterapi juga akan dijalankan.

Telah diketahui umum bahawa radioterapi (terapi radiasi) dan kimoterapi mempunyai kesan negatif pada jangka masa pendek dan panjang.

Antara kesan-kesan yang akan dialami pesakit selepas rawatan radioterapi dan kimoterapi adalah:
  • badan menjadi lemah
  • tidak berselera untuk makan
  • daya imuniti badan menjadi lemah
  • dan mudah untuk terkena sakit seperti batuk, demam dan selsema

Manakala untuk kesan jangka panjang. Rawatan menggunakan radisi boleh meningkatkan risiko:
  • kanser payudara
  • kanser paru-paru
  • penyakit jantung 
  • dan kolestrol menjadi tinggi

  • kurang bertenaga seperti dahulu, dan mudah penat
  • serangan kanser kali kedua
  • masalah dental
  • diabetes
  • perubahan pada hormon seks sehingga menyebabkan hilang minat untuk bersama pasangan, anemia, hilang ingatan, otot berkurangan, depresi, berat badan bertambah dan rambut menjadi gugur
  • Hipotiriod disebabkan kadar hormon tiroid yang rendah, terutama bagi pesakit kanser Limfoma Hodgkin
  • Sukar mengawal 'bowel movement'
  • Kurang subur
  • Lymphedema berlaku jika kelenjar limfa dibuang dan akan berlaku pengumpulan cecair pada tisu. Ia akan menyebabkan bengkak berlaku pada sesetengah kawasan.
  • Masalah saraf
  • Kerosakan pada organ
  • Osteoporosis
  • dan penuaan lebih awal berlaku

Kimoterapi bukan sahaja membunuh sel-sel kanser. Namun ia juga mempengaruhi dan memberi kesan kepada sel-sel yang sihat. Dan inilah yang menyebabkan kesan-kesan jangka panjang kimo seperti di atas terjadi.

Namun, kesan-kesan jangka panjang ini masih dapat diatasi. Salah satu caranya adalah dengan mengambil supplemen antioksidan seperti Cellmaxx.

Salah satu cara rawatan kanser ini adalah dengan meningkatkan lagi stem sel didalam badan.

Cellmaxx ini juga membantu penambahan stem sel dan mengejutkan sel sel yang tidur mahupun yang telah mati.